As salam semua, menjelang raya tak lama lagi (ye Ramadan pun belum tiba lagi hehe) tak salah kalau kita buat persiapan awal macam tempah baju raya, pasang bodykit kereta, tukar langsir lama, tambah pinggan mangkuk dan order kuih raya.
Menjadi antara pembekal kuih raya utama setiap kali menjelang raya membolehkan kami mengenalpasti beberapa tips yang boleh dikongsi semasa membeli kuih raya. Berikut ialah antara beberapa tips yang boleh dikongsi bersama-sama:
1. Sentiasa ingat pepatah lama ' alah membeli menang memakai':
Utamakan isu kualiti dan isu halal sebelum membuat sebarang pembelian.
2. Order secara online:
Jadi tidak perlu berhimpit-himpit dicelah lautan manusia di Bazar Ramadan, jimat masa dan wang minyak kereta (tol lagi), tidak perlu sepahkan dapur rumah serta yang paling penting dapat menunaikan solat Tarawih secara berjemaah dengan tenang dan konsisten.
3. Beli secara pukal dengan kawan-kawan sepejabat/setaman perumahan/sekampung :)
Kebanyakan pembekal kuih raya menawarkan harga jualan kuih raya yang lebih rendah jika pembelian dilakukan secara pukal. Jangan malu untuk bertanya mereka tentang harga pembelian pukal.
4. Kuih raya dan kesihatan:
Pilih kuih raya yang berasaskan bijirin/kekacang untuk pilihan yang lebih sihat. Contohnya: biskut oat, almond, nestum, emping jagung dsb. Tapi tak salah kalau ada sejenis dua kuih yang manis dan berwarna warni untuk menceriakan meja.
Walaubagaimanapun, pilihan ada ditangan kita, rancang perbelanjaan anda agar kita dapat membuat pembelian secara berhemah dan bijak...kan?