PUDING LAICI SESEGAR ALAM
Hari ni jom kita buat puding laici. Dapat makan masa cuaca panas ni memang layan habis.
Bahan-bahan:
400ml susu cair
200gm gula
30gm serbuk agar-agar
50gm laici
Cara-cara:
1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam bekas dan didihkan. kacau hingga sebati.
2. Masukkan laici yang telah dicincang dan kacau lagi.
3. Masukkan bancuhan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau dah azan Maghrib apalagi, serbulah puding laici tu
Tips:
+ Boleh hiaskan puding dengan laici lebih-lebih tu.
+ Nak lagi sedap boleh tabur buah-buahan dalam tin macam longan, nenas, ceri, koktel atau lain-lain kat atas puding.
Free Discount Voucher
We are giving out FREE DISCOUNT voucher!
Just send us the following details to
passionbite3@gmail.com NOW! No purchase needed.
Full name
Date of Birth
HP no.
email address
1st 10 people to register will receive FREE CASH voucher worth RM10!! Hurry!!
Saturday, July 13, 2013
Thursday, July 11, 2013
Perkongsian Ramadan
KELEBIHAN SOLAT TARAWIH
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
Khasiat koko a.k.a. coklat
APA KHASIAT KOKO?
Apa yang terlintas di fikiran anda bila perkataan koko disebut? Yang pasti ramai akan terfikir tentang salah satu benda paling best yang ada di muka bumi ini iaitu COKLAT!
Ada orang kata makan coklat banyak-banyak boleh menambah berat badan. Ada pulak yang cakap makan coklat nanti gigi berlubang. Yeke? Hari ini Cake Bros nak kongsi rahsia kebaikan koko a.k.a coklat:
1. Makanan lengkap dan seimbang
Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.
2. Benteng kerosakan gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.
3. Bukan penyebab kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.
4. Baik untuk jantung
Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung.
5. Menghalang jerawat dan parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.
6. Baik untuk kulit
Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.
Banyakkan khasiat koko ni. Jadi kalau nak cari biskut raya dan kek raya pastikanlah yang mengandungi banyak campuran coklat supaya kesihatan kita kekal terjaga di Hari Raya nanti.

Labels:
chocolate moist,
fruitcake,
kuih raya,
red velvet,
tiramisu
Resepi Onde-Onde Keledek
ONDE-ONDE KELEDEK/BUAH MELAKA
Hari ni Cake Bros nak share satu resepi pencuci mulut tradisional. Kuih muih tradisional sesuai untuk buat makan-makan masa berbuka puasa. Kira kenangan mengusik jiwa la ni
BAHAN-BAHAN:
2 cawan ubi keledek (rebus empuk & lenyek)
1/2 cawan tepung gandum
sekeping gula melaka (potong dadu)
2 cawan kelapa parut (ambil putih aje)
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan
CARA-CARA:
1. Gaul ubi keledek lenyek bersama tepung sehingga sebati. Masukkan pewarna hijau dan gaul lagi.
2. Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengah-tengah dan bulatkan adunan.
4. Didihkan air dan masukkan daun pandan.
5. Masukkan adunan tadi satu-persatu ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga masak (kalau dah timbul tu maksudnya dah masaklah tu).
6. Keluarkan buah melaka togel tadi dan toskan. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Anda pun bolehlah bergelek sekali sambil-sambil tu untuk senaman petang.
7. Baca doa dan boleh makan.

gambar kredit kepada ohmalaysia.com
Friday, July 5, 2013
Resepi kek suji@semolina
JOM BUAT KEK
As salam semua, hari ni Cake Bros nak berkongsi satu resepi kek yang boleh di cuba untuk sedikit kelainan. Selalunya kita biasa dengar tentang kuih suji tapi hari ni kami nak kongsi tentang kek suji pulak. Ada yang panggil kek ni kek semolina. Mana-mana pun tak kisah, yang penting kek ni memang gebu dan boleh di cuba menjelang Ramadan tak lama lagi.
BAHAN-BAHAN:
400g mentega
240g tepung suji
2 sudu besar susu pekat
1 biji parutan kulit limau
1/2 biji jus limau oren
4 biji telur
300g gula
160g tepung naik sendiri
100g badam kasar (optional)
1 sudu kecil vanilla esen
CARA-CARA:
1. Pukul susu dgn mentega sampai kembang
2. Masukkan tepung suji, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perap semalaman.
3. Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan dalam adunan yang telah diperap lalu dikacau rata.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan badam cincang. Gaul rata dan tuang dalam loyang pilihan hati.
5. Maka bakarlah adunan kek tu dalam 45 minit ke 1 jam. Kalau agak-agak tak masak jugak tambahlah lagi sikit masa membakar.
6. Sejukkan baru hidang, kalau puasa tunggu iftar baru makan hehe!
TIPS:
+ kalau nak jimat kos, boleh tukar mentega dgn marjerin.
+ tepung suji boleh didapati di kedai menjual bahan bakeri, selalunya kedai biasa tak jual.
+ jangan terlebih parut kulit limau sampai bahagian berwarna putih, nanti pahit pulak kek.

credit kepada tuan gambar :)
banyak lagi tips kat sini
Monday, July 1, 2013
Khasiat Badam
TIPS KESIHATAN BERSAMA CAKE BROS
KHASIAT BADAM:
1. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.
2. Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang.
3. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.
4. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung.
5. Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan).
6. Badam Meredakan Diabetes.
7. Badam Membantu Menghalang Batu Karang.
8. Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.
...dan bermacam-macam lagi khasiatnya.
dan tahukah anda 'biskut badam' (almond cookies katanya) sangat sedap rasanya. cer order sekarang dari kami atau ejen berdaftar kami :)

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Kuih Suji Original Hari ni kami nak share resepi kuih suji tradisional. Sangat2 simple dan mudah, tutup telinga pun boleh buat hehe! Bah...
-
RESEPI KEK RED VELVET apa kata menjelang raya tak lama lagi ni, ramai-ramai test power buat kek red velvet pulak. boleh suprisekan yang t...
-
RESEPI KEK TIRAMISU salam semua, dah lama rasanya tak share resepi. hari ni kami nak share resepi tiramisu yg ringkas dan mudah nak dise...
-
Hari ni jom belajar buat kek buah pulak...selamat mencoba!! Resepi Kek Buah Warisan BAHAN-BAHANNYA: 2 1/2 cawan tepung gandum 1 1/2 cawan ...
-
RESEPI KUIH RAYA: salam semua! Alhamdulillah kita dah berjaya mengharungi 10 hari pertama Ramadan dgn jayanya (ada yg dah kantoi ke hehe!) h...
-
JOM BUAT KEK As salam semua, hari ni Cake Bros nak berkongsi satu resepi kek yang boleh di cuba untuk sedikit kelainan. Selalunya kita bia...
-
RESEPI KUIH RAYA: kembali lagi dalam ruangan resepi kuih raya bersama passionbite :) hari ni kami nak share resepi biskut yang simple tap...
-
RESEPI KUIH RAYA: harini kami nak share kuih tradisional favourite ramai iaitu kuih wake up atau nama Melayunya kuih bangkit :) Bahan-bahan...
-
Snowy Barbie... 1kg butter cake barbie doll cake on 1kg chocolate moist base ordered by Wan for his nieces' birthday. The cake was bro...
-
PUDING LAICI SESEGAR ALAM Hari ni jom kita buat puding laici. Dapat makan masa cuaca panas ni memang layan habis. Bahan-bahan: 400ml susu ...