Free Discount Voucher

We are giving out FREE DISCOUNT voucher!
Just send us the following details to
passionbite3@gmail.com NOW! No purchase needed.

Full name
Date of Birth
HP no.
email address

1st 10 people to register will receive FREE CASH voucher worth RM10!! Hurry!!

Monday, July 16, 2012

Resepi kuih suji power

Kuih Suji Original


Hari ni kami nak share resepi kuih suji tradisional. Sangat2 simple dan mudah, tutup telinga pun boleh buat hehe!

Bahan2:
guna nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum


cth:
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula kastor
1 kg tepung gandum


Cara2 nak buat:
1. Mula2 masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak  masa nak masukkan tu. 
2. Lepas tu, masukkan minyak sapi pulak.
3. Gaul semua sampai jadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih. 
4. Gelek2 dan terap ikut suka hati. Bentuk love ke, ikan ke, beruang ke apa2 jelah. Kalau nak gentel2 jadi bulat pun boleh. Ikut kreatif masing2 la ye. 
5. Susun atas talam dan dah boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak2 dah bau nak hangit tu cepat2lah keluarkan.
6. Sejukkan dan boleh makan ramai2.


Tips:
+ gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum guna utk dapatkan tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
+ kalau doh tu berderai sangat, tambah minyak sapi sikit. 
+ kalau doh tu melekit sangat, tambah tepung gandum sikit.
+ kalau nak lagi manis, tambahlah gula. janganlah tambah garam pulak.
+ suhu oven tu berbeza2 ikut jenama. testlah bakar sekeping dua dulu utk test power. dah ok baru bakar banyak2. 
+ jangan guna tray yang dapat sekali dgn oven tu. guna talam aluminium atau tudung periuk pun boleh. tray oven selalunya buat kuih cepat hangus. 




lebih kurang mcm nilah rupa kuih suji. boleh adjust ikut kreativiti ye.

https://www.facebook.com/passionbite

18 comments:

anymz said...

bolehlah akak buat utk raya nanti..:)

PassionBite said...

boleh kak, buat jgn x buat.
ni antara kuih paling simple nak buat tapi rasa mmg sedap :)
akak boleh tambah susu tepung dlm 2-3 sudu besar utk tambah rasa sedap, nak tambah kacang pun ok ikut kreativiti.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

terima kasih krn sudi berkongsi resipi.. smlm akak dh cuba.. mmg power.. :D

PassionBite said...

yeke kak, Alhamdulillah! resepi ni sy belajar dgn mak sy. tolong buat masa kecik2 dulu. :)
p/s: kalau nak bagi lawa akak boleh tambah pewarna.

Anonymous said...

saya dh buat semalam ikut resipi ni... alhamdulillah..sgt menjadi dan sedap.. family sumer puji sedap.. tq yaa.. for the resipi.. simple yet delicious!

Anonymous said...

alaaa tapi mcm mana nk buat bentuk bulat cantik mcm dlm gambar tu?

Anonymous said...

salam klau sy buat gune tepung suji leh x?gnti dgn tepung gandum

Cake Bros said...

anonymous july 15: senangkan buat kuih suji ni, munyak sapi tu rahsia utama jadikan kuih ni sedap hehe

anonymous july 19: cuma gentelkan aje adunan jadi bulat-bulat, dah siap bakar dia akan jadi cantik

anonymous july 20: kami tak pernah buat lagi. cuba try eksperimen dan maklumkan kami apa resultnya ya :)

Maznah Talip said...

Terima kasih sharing resepi. Akak baru first time nak buat kuih raya. Selalunya akak jahit langsir, cadar, sarung kusyen sofa dan adik buat kuih. Kita exchange aje every year. Niw akak dah berhijrah ke UK terpajsa buat kuih raya sendiri. Resepi nmpk mcm senang gitu.

Anonymous said...

Maaf ye saya nak tau susu tepung tu susu apa? Nak jugak cuba tambah rasa sedap..

Cake Bros said...

kak Maznah: selamat mencuba ye, resepi ni memang senang je. akak boleh gentel buat bulat-bulat, canai dan terap bentuk, campur-campur warna dan macam-macam lagi ikut kreativiti

Anonymous july 31:susu tepung tu boleh beli di kedai menjual bahan bakeri. takpun pakai susu tepung segera macam nespray, dutch lady etc pun sama. susu tepung nak bagi wangi sikit kuih suji tu

Pelangi Pagi said...

saya pnh tgk mak kwn saya buat suji ni...kalo xslh saya dia pkai susu tepong ducth lady..mmg sdp..

maisarah fahmy said...

Bper byk sust tpung agk2nya diperlukan utk adunan spt yg resipi di atas tu? Tq

alrahmah said...

Menarik sgt resepi nih..simple dn mudah bhnnya..raya ni mesti try wat..

MARIA AWI said...

boleh buat untuk raya tahun ni

Bisnes Shaklee Boleh Diwarisi Anak-Anak

Anonymous said...

gula kastor kan gula kasar?

Cha said...

Alhamdulillah. semlm cuba. mmg sedap. mqk ckp kalau kita sangai tepung dulu baru sedap. betulke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts