Free Discount Voucher

We are giving out FREE DISCOUNT voucher!
Just send us the following details to
passionbite3@gmail.com NOW! No purchase needed.

Full name
Date of Birth
HP no.
email address

1st 10 people to register will receive FREE CASH voucher worth RM10!! Hurry!!

Friday, July 27, 2012

Resepi kek Red Velvet

RESEPI KEK RED VELVET

apa kata menjelang raya tak lama lagi ni, ramai-ramai test power buat kek red velvet pulak. boleh suprisekan yang tersayang ke, mak mentua ke, ipar duai ke dengan kek red velvet yang bertekstur lembut dan bersalut dengan topping krim keju. hmmm sendiri tulis sendiri terliur pulak hehe!

Bahan-bahan kek
115g butter
150g gula kastor
2 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
sudu kecil soda bikarbonat
sudu besar serbuk koko
240 ml buttermilk 
2 sudu besar pewarna merah 
1 sudu kecil cuka putih (distilled vinegar)
sedikit esen vanilla 

Bahan-bahan topping
500g cream cheese
150g gula aising

Cara-cara
1. tak payah pening-pening kepala, campurkan je semua bahan dalam mixer dan pukul sampai sebati. guna kelajuan sederhana dah ok.
2. masukkan dalam loyang kalau nak buat kek. kalau nak buat cupcake masukkan dalam paper cup la ye.
3. bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang sejam untuk kek dan 1/2 jam untuk cupcake. 
4. sambil bakar tu boleh prepare topping. campurkan je cream cheese tu dgn gula aising dan pukul sampai sebati. 
5. dah habis bakar, tunggu sampai kek/cupcake sejuk sebelum hias dgn topping cheese tu. ikut kreativiti la ye nak hias mcm mana.

tips
+ kalau tak nak guna buttermilk boleh ganti dgn susu UHT je
+jgn lupa sapu shortening kat loyang, takut dah masak nnt melekat plak kat loyang.
+ kalau kek terasa pahit, ni disebabkan pewarna merah yang digunakan tu. kena explore cari yang warnanya cantik tapi tak effect rasa. kami boleh bagi suggestion mana yang ok mana yang tak ok tp tak boleh bgtau open kat sini, nnt kena saman plak hehe! kalau nak tau emel kami di passionbite3@gmail.com ye. 
+ kalau nak organic sikit boleh ganti pewarna merah tu dgn rhubarb syrup tapi kena google resepi kat internet la ye.
+kalau mengidam nak makan kek red velvet tp takut tak sempat buat, boleh order dgn kami. ada harga spesel utk raya edition hehe!



nak belajar deko kek? klik sini sekarang.

jangan lupa like kami di fb: https://www.facebook.com/passionbite

29 comments:

~::Chenta::~ said...

Chenta harus Cuba!!

Selamat HAri raya ...

Anonymous said...

terima kasih resepi

Anonymous said...

nak tnye buttermilk tu yg mcm mne eh ?? hehe...

Cake Bros said...

buttermilk tu ada jual di kedai-kedai yang jual bahan buat kek. dalam kotak rupa macam susu :) kalau tak nak guna buttermilk boleh ganti dengan susu UHT atau susu cair.

Anonymous said...

passionbite ad vacancy x?

Anonymous said...

Wow campur ja smua bahan...menarik bunyinya...tapi boleh menjadi ke kek tu...bukan ke kena ikut step by step? Takpa nanti nak try jugak. Tq for the receipe.

Cake Bros said...

As salam,
Anonymous December 26, 2012 11:24 PM: buat masa sekarang kami cuma ambil pekerja part time berdasarkan volume of order.

Anonymous January 12, 2013 2:39 AM:
bukan setakat menarik bunyinya tapi memang terbukti senang dibuat dan sedap rasanya. Alhamdulillah semua customer kami sangat suka dengan kek red velvet kami yang di buat 100% ikut resepi ni. jangan bimbang, kami tidak sembunyikan apa-apa bahan rahsia :)

Unknown said...

salam...sy nak tnye,bakar tu gne oven elektrik ke?

Cake Bros said...

w'lam misz nazila,
adunan kek ni boleh dibakar guna oven elektrik pada suhu 180 degrees. guna api atas bawah ye.

Unknown said...

Suke resepi ni sebab mudh n sedap..tq 4 sharing..smoga dmurahkn rezki

Cake Bros said...

tq juga buat hasmin sebab sudi cuba resepi rv passionbite. Insya Allah kami sedia bantu kalau ada apa-apa masalah. jangan malu untuk tanya kami apa-apa ye :)

Farhanah_Mraz said...

Api atas bawah ke kak?

siti sarah said...

salam , kalau tak letak cuka putih boleh tak ?

Anonymous said...

salam , sy nak tnye , kalau tak campur cuka putih boleh tak ?

Cake Bros said...

farhanah, guna api atas bawah ye kalau tak nanti kek tak masak dengan sekata. jangan risau kalau bahagian atas hangit sikit, kita boleh potong dan buang bahagian tu dulu sebelum deko. btw kami 'bro' passionbite bukan akak :)

Cake Bros said...

sarah, kena letak cuka putih tu kalau nak tekstur kek kita jadi macam baldu. barulah boleh panggil red velvet hehe. senang je nak cari white distilled vinegar tu, memang ada jual di kedai jual bahan kek.

Anonymous said...

Hai Abg PassionBite,

saya "anonymous january 12" yg komen pasal "wow campur je smua bahan"...

Mmg betul lah kata abg PB haritu...bkn setakat bunyinya aja yg menarik tapi kek tu mmg senang nak buat dan part yg paling syok ialah bila dia menjadi. Hehe..happy saya. Mama saya tanya mcm mana nak buat kek RV ni...saya jawab, abg ni tulis campur je smua bahan tu. Mama saya mcm, What?! campur je...haha ok. So saya pun bubuh ni, then bubuh tu... Masuk,keluar oven....tadaaa! Dah siap. Tapi oven yg saya guna ni takda api atas, bwh je yg ada (oven butterfly yg letak atas stove tu). Tawakal je la masa bakar tu. Apa2 pun tq sbb share receipe RV yg sedap ni. Saya doakan semoga Abg2 PassionBite sihat,panjang umur dan sentiasa murah rezeki.

Anonymous said...

1 lagi saya nak tanya, kalau kita letak lebih cuka dalam kek,

adakah ia akan lebih "membaldukan" kek tu atau adakah kek tu akan jadi lebih masam kerana cuka tersebut?

Cake Bros said...

hehe kami dah experiment dulu dengan resepi RV ni sebelum kami share resepi paling ringkas dan mudah untuk buat kek RV yang sedap. terima kasih ye sebab sudi cuba.

yang cuka tu memang untuk create texture, sebab tu guna sikit je. bukan untuk bagi rasa masam pun :)

Anonymous said...

Cuka putih tu cuka makan ke yg slalu kat dapur tu??

Cake Bros said...

boleh juga guna cuka makan, sama je effectnya macam cuka putih tu.

Anonymous said...

Kena guna mesin pemukul jgk ke? klu kt gaul sendiri bahan2 tu agak2 jd tk?

Cake Bros said...

untuk resepi RV ni, pukul tak guna hand mixer pun takpe, sebab kita cuma nak bagi adunan tu bercampur dan bukannya nak adunan tu kembang pun :)

Anonymous said...

eh..nk tny.. kalau pkai oven zmn tok kadok yg bulat tu mcmane eh?bole tak? oven tu mmg klasik gile sbb tkde tmpt nk adjust suhu ape sume.. kne pnskn je ;) agk2 bole tak?klo boleh..nk kne bako baper lme?

Anonymous said...

eh..lgi satu..pwarne merah tu..klo silverkey ok tak? ;) n 'sedikit esen vanilla' tu agak2 byk mne?? hmmm..then utk topping..pki mixer jugak?? sile reply yer..sy tgh rajin nk buat hri ni ;))

Cake Bros said...

susah jugak tu kalau oven yang takde suhu. sebabnya untuk kek ni kena maintain suhu 180 degrees dan bakar 45-60min. boleh beli satu kot oven moden, kat tesco tak sampai RM100 hehe. sekali beli je, lepas ni dah boleh selalu buat kek :)

Cake Bros said...

sedikit essen vanilla tu 1 tsp pun dah cukup. topping tu pakaila mixer ye kalau taknak lenguh tangan. :)

Unknown said...

thanks resepi.
nice.

AnnSorayA said...

Bro..klu resepi ni dikukus bole jadi tak? instead of bakar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts