Free Discount Voucher

We are giving out FREE DISCOUNT voucher!
Just send us the following details to
passionbite3@gmail.com NOW! No purchase needed.

Full name
Date of Birth
HP no.
email address

1st 10 people to register will receive FREE CASH voucher worth RM10!! Hurry!!

Saturday, October 20, 2012

Resepi kek tiramisu paling ringkas

RESEPI KEK TIRAMISU 

salam semua,
dah lama rasanya tak share resepi. hari ni kami nak share resepi tiramisu yg ringkas dan mudah nak disediakan. sediakan pen dgn kertas ye tuan2 dan puan2 semua hehe!

Bahan-bahan kek

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko utk hiasan




Cara-cara

1.Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.Satukan gula, cheese dan cream
3.Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.Potong kek pada 2 bahagian
5.Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
6.Sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
7.Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8.Kemudian simpan dalam fridge sebentar
9.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya



p/s:boleh la try utk buat minum petang bersama keluarga terchenta ye. =)

Monday, July 30, 2012

resepi kuih raya: biskut dahlia

RESEPI KUIH RAYA:

salam semua! Alhamdulillah kita dah berjaya mengharungi 10 hari pertama Ramadan dgn jayanya (ada yg dah kantoi ke hehe!) hari ni kami nak share resepi biskut yang cantik molek iaitu biskut dahlia. mmg berseri letak atas meja.

BAHAN-BAHAN:
250g tepung gandum
90g tepung kastard
45g tepung ubi
185g gula halus
210g mentega
1 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
ceri hitam/merah/hijau ikut kaler favourite

CARA-CARA:
1. pukul gula dgn mentega sampai kembang
2. masukkan telur sikit-sikit. lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sekejap
3. ayakkan semua jenis tepung tadi dalam bekas asing. masukkan dalam adunan yang dah dipukul tu sikit-sikit
4. terap guna acuan yang sesuai.
5. hiaskan denagn ceri idaman :)

TIPS:
+ kalau adunan tu lembik, tambahkan tepung gandum sikit
+ kalau nak jimat kos, boleh tukar mentega dgn marjerin.
+ untuk lebih keberkatan, buat lebih utk bagi kat org sebelah.



 gambau biskut dahlia credit to mat gebu tiffinbiru :)


https://www.facebook.com/passionbite

Friday, July 27, 2012

Resepi kek Red Velvet

RESEPI KEK RED VELVET

apa kata menjelang raya tak lama lagi ni, ramai-ramai test power buat kek red velvet pulak. boleh suprisekan yang tersayang ke, mak mentua ke, ipar duai ke dengan kek red velvet yang bertekstur lembut dan bersalut dengan topping krim keju. hmmm sendiri tulis sendiri terliur pulak hehe!

Bahan-bahan kek
115g butter
150g gula kastor
2 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
240 ml buttermilk 
2 sudu besar pewarna merah 
1 sudu kecil cuka putih (distilled vinegar)
sedikit esen vanilla 

Bahan-bahan topping
500g cream cheese
150g gula aising

Cara-cara
1. tak payah pening-pening kepala, campurkan je semua bahan dalam mixer dan pukul sampai sebati. guna kelajuan sederhana dah ok.
2. masukkan dalam loyang kalau nak buat kek. kalau nak buat cupcake masukkan dalam paper cup la ye.
3. bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang sejam untuk kek dan 1/2 jam untuk cupcake. 
4. sambil bakar tu boleh prepare topping. campurkan je cream cheese tu dgn gula aising dan pukul sampai sebati. 
5. dah habis bakar, tunggu sampai kek/cupcake sejuk sebelum hias dgn topping cheese tu. ikut kreativiti la ye nak hias mcm mana.

tips
+ kalau tak nak guna buttermilk boleh ganti dgn susu UHT je
+jgn lupa sapu shortening kat loyang, takut dah masak nnt melekat plak kat loyang.
+ kalau kek terasa pahit, ni disebabkan pewarna merah yang digunakan tu. kena explore cari yang warnanya cantik tapi tak effect rasa. kami boleh bagi suggestion mana yang ok mana yang tak ok tp tak boleh bgtau open kat sini, nnt kena saman plak hehe! kalau nak tau emel kami di passionbite3@gmail.com ye. 
+ kalau nak organic sikit boleh ganti pewarna merah tu dgn rhubarb syrup tapi kena google resepi kat internet la ye.
+kalau mengidam nak makan kek red velvet tp takut tak sempat buat, boleh order dgn kami. ada harga spesel utk raya edition hehe!



nak belajar deko kek? klik sini sekarang.

jangan lupa like kami di fb: https://www.facebook.com/passionbite

Thursday, July 26, 2012

Resepi kuih raya: Kuih Bangkit

RESEPI KUIH RAYA:

harini kami nak share kuih tradisional favourite ramai iaitu kuih wake up atau nama Melayunya kuih bangkit :)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 biji kelapa (nak pati santan aje)
5 biji telur ayam
sepeket tepung sagu
sedikit baking powder

Cara-cara:
1. ayak tepung gandum, tepung sagu & baking powder. lepas tu gaulkan sampai sebati.
2. masukkan santan, telur & gula. pukul sampai kembang.
3. masukkan tepung sikit-sikit sampai jadi doh.
4. terap guna acuan, mcm biasa ikut suka lah nak pakai terap bentuk daun ke, bentuk kerang ke, itik ke etc
5. bakar dgn suhu sederhana sampai masak. test dulu ye sekeping dua utk adjust suhu baru bakar byk2. kalau tak rugi je nnt :)

tips:
+boleh cantikkan kuih dgn guna pewarna. barulah colourful sikit nak letak atas meja.
+nak letak gula berwarna ke, chocolate rice ke, sugar ball pun ok nak bagi nampak moden sikit.

coba jgn tak coba! jgn dipinggirkan kuih tradisi ni.



gambar credit pada blog yang saya dah terlupa linknya, sapa yang tau inform ye :)


Resepi kuih raya: cornflakes bermadu

RESEPI KUIH RAYA:

kembali lagi dalam ruangan resepi kuih raya bersama passionbite :) hari ni kami nak share resepi biskut yang simple tapi sangat berkhasiat iaitu resepi "emping jagung rangup disaduri madu keemasan bersama buah-buahan campuran" atau nama manjanya CORNFLAKES BERMADU hehe!

Bahan-bahan:
cornflakes 325 gm
mentega 150 gm 
gula halus 1 cawan
5 sudu makan madu
buah-buahan campuran (ikut suka hati nak berapa byk)
manik bewarna utk hiasan 

Cara-cara:
1. masakkan mentega dan gula halus dengan api perlahan
2. masukkan cornflakes, buah-buahan campur dan madu
3. kacau rata agar semua bahan-bahan bercampur
4. padamkan api dan ceduk sesudu, kemudian isikan dalam cup.
5. taburkan manik bewarna utk hiasan.
6. bakar dlm oven pd suhu 180 selama 10 minit atau sehingga betukar warna keemasan. (adjustla ye)
7. tunggu sejuk baru disimpan di dlm bekas kedap udara. nak makan terus pun boleh tapi tunggu lepas berbuka.

Tips:
+ kalau bentuknya x cantik lepas bakar, adjust sikit suhu oven dan masa membakar. kalau suhu rendah, bakar lama sikitla.





https://www.facebook.com/passionbite

Thursday, July 19, 2012

Kek raya 2012!

TOP 5 LIST  
apa nak buat dengan kek raya passionbite?

5. boleh jadikan raya gift untuk bakal mertua, kawan2, sedara mara, client etc
4. boleh jadi pengganti kad raya untuk dihadiahkan pada yang tersayang :)
3. jadi decoration atas meja biar nampak penuh dan meriah sikit
2. sedekah kat masjid dgn surau untuk buat juadah moreh lepas semayang terawih
1. makan ramai-ramailah satu famili time pagi raya!


https://www.facebook.com/passionbite

Monday, July 16, 2012

Resepi kuih suji power

Kuih Suji Original


Hari ni kami nak share resepi kuih suji tradisional. Sangat2 simple dan mudah, tutup telinga pun boleh buat hehe!

Bahan2:
guna nisbah 1 minyak sapi: 1 gula kastor: 2 tepung gandum


cth:
1/2 kg minyak sapi
1/2 kg gula kastor
1 kg tepung gandum


Cara2 nak buat:
1. Mula2 masukkan gula kastor dan tepung gandum ke dalam satu bekas. Jangan lupa ayak  masa nak masukkan tu. 
2. Lepas tu, masukkan minyak sapi pulak.
3. Gaul semua sampai jadi doh. Pastikan kuku pendek dan tangan bersih. 
4. Gelek2 dan terap ikut suka hati. Bentuk love ke, ikan ke, beruang ke apa2 jelah. Kalau nak gentel2 jadi bulat pun boleh. Ikut kreatif masing2 la ye. 
5. Susun atas talam dan dah boleh bakar. Suhu lebih kurang 150 darjah celcius selama 15 minit ataupun agak2 dah bau nak hangit tu cepat2lah keluarkan.
6. Sejukkan dan boleh makan ramai2.


Tips:
+ gula kastor dan tepung mesti diayak sebelum guna utk dapatkan tekstur yang halus dan tidak berketul-ketul.
+ kalau doh tu berderai sangat, tambah minyak sapi sikit. 
+ kalau doh tu melekit sangat, tambah tepung gandum sikit.
+ kalau nak lagi manis, tambahlah gula. janganlah tambah garam pulak.
+ suhu oven tu berbeza2 ikut jenama. testlah bakar sekeping dua dulu utk test power. dah ok baru bakar banyak2. 
+ jangan guna tray yang dapat sekali dgn oven tu. guna talam aluminium atau tudung periuk pun boleh. tray oven selalunya buat kuih cepat hangus. 




lebih kurang mcm nilah rupa kuih suji. boleh adjust ikut kreativiti ye.

https://www.facebook.com/passionbite

Friday, July 13, 2012

Topsy Turvy wedding cake

adventurenya nak hantar kek ni...


Berdebar-debar masa bawak kek ni dari Bukit Jalil nak ke dewan majlis kahwin di Ampang. Takut melorot je kek ni hehe! Tak pasal2 kek topsy turvy jadi kek tunggang terbalik plak nanti. Nasib baik kek fondant jadi senang nak handle. Alhamdulillah, kek selamat sampai ke destinasi setelah merentasi jem kat MRR2 dan ikut jalan dalam yang agak-agak cross country.

  kek kahwin yang sedang bergelek gembira :P

Wednesday, July 11, 2012

Cupcake mawar putih untuk mama...



MAWAR PUTIH UNTUK MAMA

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku



Datuk Sharifah Aini



Biskut Raya 2012

makan lepas berbuka pun apa salahnya (",)
Passionbite datang lagi dengan pilihan biskut raya yang sedap pada harga yang berpatutan. Dah cuba mesti nak lagi  :) Nak yang mana? Chocolate chip yang super rangup? Suji susu yang lemak manis? Cornflakes madu yang berkhasiat? 


SMS 019.220.2405 (syukri)/ 019.234.2405 (saiful) untuk tempahan. 
www.facebook.com/passionbite


p/s: kalau nak jadi ejen boleh hubungi kami utk harga istimewa. kan best kalau raya ni dapat duit raya lebih. cuma share pada kawan2 je dah boleh dapat untung :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts