Free Discount Voucher

We are giving out FREE DISCOUNT voucher!
Just send us the following details to
passionbite3@gmail.com NOW! No purchase needed.

Full name
Date of Birth
HP no.
email address

1st 10 people to register will receive FREE CASH voucher worth RM10!! Hurry!!

Saturday, July 13, 2013

Resepi Puding Laici

PUDING LAICI SESEGAR ALAM

Hari ni jom kita buat puding laici. Dapat makan masa cuaca panas ni memang layan habis.


Bahan-bahan:

400ml susu cair
200gm gula
30gm serbuk agar-agar
50gm laici 

Cara-cara:

1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam bekas dan didihkan. kacau hingga sebati.
2. Masukkan laici yang telah dicincang dan kacau lagi.
3. Masukkan bancuhan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
4. Kalau dah azan Maghrib apalagi, serbulah puding laici tu 

Tips:

+ Boleh hiaskan puding dengan laici lebih-lebih tu.
+ Nak lagi sedap boleh tabur buah-buahan dalam tin macam longan, nenas, ceri, koktel atau lain-lain kat atas puding. 



Thursday, July 11, 2013

Perkongsian Ramadan

KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)





Khasiat koko a.k.a. coklat

APA KHASIAT KOKO?


Apa yang terlintas di fikiran anda bila perkataan koko disebut? Yang pasti ramai akan terfikir tentang salah satu benda paling best yang ada di muka bumi ini iaitu COKLAT!

Ada orang kata makan coklat banyak-banyak boleh menambah berat badan. Ada pulak yang cakap makan coklat nanti gigi berlubang. Yeke? Hari ini Cake Bros nak kongsi rahsia kebaikan koko a.k.a coklat:

1. Makanan lengkap dan seimbang
Dianggarkan 100 gram coklat susu menyumbang 18 peratus tenaga,11 peratus protein, 8 peratus zat besi, 47 peratus kalsium, 19 peratus riboflavin dan 11 peratus vitamin A yang diperlukan oleh tubuh manusia dalam sehari. Coklat juga mengandungi kalsium dan vitamin yang tinggi.


2. Benteng kerosakan gigi
Koko mengandungi tannin iaitu sejenis bahan yang bertindak sebagai benteng kerosakan gigi kerana menghalang pembiakan bakteria yang membentuk plak dan asid di dalam mulut.



3. Bukan penyebab kegemukan
Likur koko mengandungi zat yang dapat menghalang pencernaan dan penyerapan lemak yang menyebabkan kegemukan.


4. Baik untuk jantung
Koko adalah makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids yang dapat mengurangkan risiko adrenosklerosis serta mengurangkan kematian berpunca daripada penyakit koronari jantung. 



5. Menghalang jerawat dan parut
Asid linoleik di dalam lemak koko dapat membantu mengurangkan pertumbuhan jerawat dan pembentukan parut.



6. Baik untuk kulit
Lemak koko mengandungi 34 hingga 36 peratus asid oleik yang boleh bertindak sebagai perapi, 31 hingga 35 peratus asid stearik yang berupaya melembapkan kulit dan vitamin E yang bertindak sebagai antioksidan.

Banyakkan khasiat koko ni. Jadi kalau nak cari biskut raya dan kek raya pastikanlah yang mengandungi banyak campuran coklat supaya kesihatan kita kekal terjaga di Hari Raya nanti. 




Resepi Onde-Onde Keledek

ONDE-ONDE KELEDEK/BUAH MELAKA

Hari ni Cake Bros nak share satu resepi pencuci mulut tradisional. Kuih muih tradisional sesuai untuk buat makan-makan masa berbuka puasa. Kira kenangan mengusik jiwa la ni  

BAHAN-BAHAN:

2 cawan ubi keledek (rebus empuk & lenyek)
1/2 cawan tepung gandum
sekeping gula melaka (potong dadu)
2 cawan kelapa parut (ambil putih aje)
sedikit pewarna hijau
sehelai daun pandan

CARA-CARA:

1. Gaul ubi keledek lenyek bersama tepung sehingga sebati. Masukkan pewarna hijau dan gaul lagi.
2. Bentukkan adunan menjadi bulat-bulat dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengah-tengah dan bulatkan adunan.
4. Didihkan air dan masukkan daun pandan.
5. Masukkan adunan tadi satu-persatu ke dalam air mendidih. Biarkan sehingga masak (kalau dah timbul tu maksudnya dah masaklah tu).
6. Keluarkan buah melaka togel tadi dan toskan. Golekkan ke dalam kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Anda pun bolehlah bergelek sekali sambil-sambil tu untuk senaman petang. 
7. Baca doa dan boleh makan.



gambar kredit kepada ohmalaysia.com

Friday, July 5, 2013

Resepi kek suji@semolina

JOM BUAT KEK

As salam semua, hari ni Cake Bros nak berkongsi satu resepi kek yang boleh di cuba untuk sedikit kelainan. Selalunya kita biasa dengar tentang kuih suji tapi hari ni kami nak kongsi tentang kek suji pulak. Ada yang panggil kek ni kek semolina. Mana-mana pun tak kisah, yang penting kek ni memang gebu dan boleh di cuba menjelang Ramadan tak lama lagi.

BAHAN-BAHAN:

400g mentega
240g tepung suji
2 sudu besar susu pekat
1 biji parutan kulit limau
1/2 biji jus limau oren
4 biji telur
300g gula
160g tepung naik sendiri
100g badam kasar (optional)
1 sudu kecil vanilla esen

CARA-CARA:

1. Pukul susu dgn mentega sampai kembang
2. Masukkan tepung suji, kulit limau dan jus limau. Gaul rata dan perap semalaman.
3. Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan dalam adunan yang telah diperap lalu dikacau rata.
4. Masukkan tepung naik sendiri dan badam cincang. Gaul rata dan tuang dalam loyang pilihan hati.
5. Maka bakarlah adunan kek tu dalam 45 minit ke 1 jam. Kalau agak-agak tak masak jugak tambahlah lagi sikit masa membakar.
6. Sejukkan baru hidang, kalau puasa tunggu iftar baru makan hehe!

TIPS:

+ kalau nak jimat kos, boleh tukar mentega dgn marjerin.
+ tepung suji boleh didapati di kedai menjual bahan bakeri, selalunya kedai biasa tak jual.
+ jangan terlebih parut kulit limau sampai bahagian berwarna putih, nanti pahit pulak kek.



 credit kepada tuan gambar :)
banyak lagi tips kat sini

Monday, July 1, 2013

Khasiat Badam

TIPS KESIHATAN BERSAMA CAKE BROS


KHASIAT BADAM:

1. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

2. Badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang.

3. Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu.

4. Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung.

5. Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan).

6. Badam Meredakan Diabetes.

7. Badam Membantu Menghalang Batu Karang.

8. Kandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

...dan bermacam-macam lagi khasiatnya.


dan tahukah anda 'biskut badam' (almond cookies katanya) sangat sedap rasanya. cer order sekarang dari kami atau ejen berdaftar kami :)



Wednesday, June 19, 2013

Meletopnya Raya 2013: TIPS MEMBELI KUIH RAYA

TIPS MEMBELI KUIH RAYA

As salam semua, menjelang raya tak lama lagi (ye Ramadan pun belum tiba lagi hehe) tak salah kalau kita buat persiapan awal macam tempah baju raya, pasang bodykit kereta, tukar langsir lama, tambah pinggan mangkuk dan order kuih raya. 

Menjadi antara pembekal kuih raya utama setiap kali menjelang raya membolehkan kami mengenalpasti beberapa tips yang boleh dikongsi semasa membeli kuih raya. Berikut ialah antara beberapa tips yang boleh dikongsi bersama-sama:

1.  Sentiasa ingat pepatah lama ' alah membeli menang memakai': 
     Utamakan isu kualiti dan isu halal sebelum membuat sebarang pembelian.


2. Order secara online:
Jadi tidak perlu berhimpit-himpit dicelah lautan manusia di Bazar Ramadan, jimat masa   dan wang minyak kereta (tol lagi), tidak perlu sepahkan dapur rumah serta yang paling penting dapat menunaikan solat Tarawih secara berjemaah dengan tenang dan konsisten. 


3. Beli secara pukal dengan kawan-kawan sepejabat/setaman perumahan/sekampung :)
Kebanyakan pembekal kuih raya menawarkan harga jualan kuih raya yang lebih rendah jika pembelian dilakukan secara pukal. Jangan malu untuk bertanya mereka tentang harga pembelian pukal.


4. Kuih raya dan kesihatan:
Pilih kuih raya yang berasaskan bijirin/kekacang untuk pilihan yang lebih sihat. Contohnya: biskut oat, almond, nestum, emping jagung dsb. Tapi tak salah kalau ada sejenis dua kuih yang manis dan berwarna warni untuk menceriakan meja.  

Walaubagaimanapun, pilihan ada ditangan kita, rancang perbelanjaan anda agar kita dapat membuat pembelian secara berhemah dan bijak...kan?







Monday, May 6, 2013

Jadual kelas deko kek Mei 2013


Jom belajar deko kek


'Seseorang yang optimis akan melihat adanya kesempatan dalam setiap malapetaka, sedangkan orang pesimis melihat malapetaka dalam setiap kesempatan.'


Kepada yang ingin menambah ilmu dekorasi kek (atau menambah pendapatan hehe), berikut ialah jadual kelas deko kek bersama passionbite untuk bulan Mei 2013:


Jadual kelas Mei 2013 :
1. 11 Mei 2013 : Kelas Buttercream Beginner (9.30am - 1.30pm)
2. 11 Mei 2013 : Kelas Fondant Beginner (2.30pm - 6.30pm)




p/s: 1. Ruang solat disediakan. Untuk muslimat, telekung juga disediakan.
2. PM atau SMS kami untuk booking tempat. Tempat sangat-sangat terhad. 

3. Hubungi 019.220.2405/019.234.2405
4. Like page kami untuk info terkini.
3. Boleh juga request untuk buat kelas selain Sabtu & Ahad atau kelas personal.





Sunday, April 7, 2013

Kelas Deko Kek: fondant


Deko kek Fondant

Nak belajar guna alatan yang betul untuk kek fondant?
Nak belajar langkah yang betul untuk balut kek dengan fondant?
Nak belajar cara buat frill tepi kek?
Nak belajar cara buat rantai mutiara fondant?

Pelajari lebih banyak lagi teknik-teknik asas dekorasi kek dengan CAKE BROS. Jadual kelas untuk bulan APRIL adalah seperti berikut:

1. 6 April 2013 : Kelas Buttercream Beginner - 9.30am hingga 1.30pm
2. 6 April 2013 : Kelas Buttercream Intermediate - 2.30pm hingga 6.30pm
3. 9 April 2013 : Kelas Buttercream Beginner - 2.30pm hingga 6.30pm
4. 13 April 2013 : Kelas Buttercream Advanced - 9.30am hingga 1.30pm
5. 13 April 2013 : Kelas Barbie Doll cake - 2.30pm hingga 6.30pm
6. 14 April 2013 : Kelas Fondant Beginner - 9.30am hingga 1.30pm
7. 16 April 2013 : Kelas Buttercream Intermediate - 2.30pm hingga 6.30pm

p/s: PM atau SMS (019 220 2405 / 019 234 2405) kami untuk mendaftar. Tempat adalah sangat terhad. =)





Chef Siber Hero Dapur

 Cake Bros in action

Cake Bros menjalani rakaman slot Chef Siber untuk rancangan Hero Dapur terbitan Tanah Beris Film Production arahan sutradara Shuhaimi lua Abdullah.


En Shuhaimi Lua

krew dan set penggambaran

in action dengan hos chef siber iaitu Aesar Mustafa

bergambar dengan tenaga produksi

Thursday, April 4, 2013

Kelas Deko Kek Bulan April

Deko kek Barbie Doll

Nak tau TEKNIK PALING MUDAH untuk menyiapkan Barbie Doll Cake macam ni dalam masa tak sampai 10 minit? Cake Bros akan kongsikan RAHSIA itu dalam kelas nanti. Jom kami ajar.

Pelajari lebih banyak lagi teknik-teknik asas dekorasi kek dengan CAKE BROS. Jadual kelas untuk bulan APRIL adalah seperti berikut:

1. 6 April 2013 : Kelas Buttercream Beginner - 9.30am hingga 1.30pm
2. 6 April 2013 : Kelas Buttercream Intermediate - 2.30pm hingga 6.30pm
3. 9 April 2013 : Kelas Buttercream Beginner - 2.30pm hingga 6.30pm
4. 13 April 2013 : Kelas Buttercream Advanced - 9.30am hingga 1.30pm
5. 13 April 2013 : Kelas Barbie Doll cake - 2.30pm hingga 6.30pm
6. 14 April 2013 : Kelas Fondant Beginner - 9.30am hingga 1.30pm
7. 16 April 2013 : Kelas Buttercream Intermediate - 2.30pm hingga 6.30pm

p/s: PM atau SMS (019 220 2405 / 019 234 2405) kami untuk mendaftar. Tempat adalah sangat terhad. =)








Wednesday, February 13, 2013

how to make barbie doll cake tutorial

Chewah! Speaking pulak title post kali ni.

Mungkin ada yang tertanya-tanya macam manalah agaknya nak buat kek barbie doll. Wajib ada pan khas ke untuk buat gown kek tu? Boleh makan ke patung barbie tu? 

Hari ni passionbite nak kongsi teknik mudah macam mana nak buat kek barbie doll ni tanpa perlu beli pan khas. Mudah je sebenarnya, lepas ni bolehla buat sendiri.



Kalau ada apa-apa nak tanya bolehla emel kami di passionbite3@gmail.com atau pm kami di fb page passionbite ye.

nak belajar deko kek? klik sini sekarang.
jangan lupa like kami di fb: https://www.facebook.com/passionbite

Tuesday, February 12, 2013

kelas deko kek februari 2013

Syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menikmati nikmat hidup di dunia ini lagi. InsyaAllah pada 24.2.2013 nanti passionbite akan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk mengadakan kelas dekorasi kek, khas untuk ibu-ibu tunggal & golongan kurang berkemampuan. Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah swt & seterusnya dapat membantu golongan tersebut untuk menambah pendapatan seisi keluarga mereka. Amin Amin Amin ya Rabbal Al Amin... =)

Kepada yang ingin menambah ilmu dekorasi kek (atau menambah pendapatan hehe), berikut ialah jadual kelas deko kek bersama passionbite untuk bulan Februari 2013:


Jadual kelas Februari 2013 :
1. 16 Feb 2013 : Kelas Beginner (9.30am - 1.30pm)
2. 16 Feb 2013 : Kelas Intermediate (2.30pm - 6.30pm)
3. 17 Feb 2013 : Kelas Advanced (9.30am - 1.30pm)
4. 17 Feb 2013 : Kelas Beginner (2.30pm - 6.30pm)

p/s: 1. Ruang solat disediakan. Untuk muslimat, telekung juga disediakan.
2. PM atau SMS kami untuk booking tempat. Tempat sangat-sangat terhad.

3. Sesiapa yang nak request untuk buat kelas selain Sabtu & Ahad, harga istimewa akan diberikan.




Tuesday, January 15, 2013

jom belajar deko kek!

Antara hasil kerja peserta-peserta kelas deko beginner 12/1/13. Deko kak jangan tak deko...hehehe. Anda bila lagi? btw, tahniah kepada kak Ina (yang kat tengah-tengah) yang dah selamat melahirkan baby girl pada 14/1/13. baiknya baby kak Ina dengar cakap keluar 2 hari lepas dah attend kelas deko kek hehe!




Siapa nak jadi PAKAR? Kami boleh ajar anda untuk jadi PAKAR macam kami dengan teknik yang sangat senang dan berkesan walaupun sebelum ini anda tidak pernah masuk ke dapur langsung. Kami juga boleh ajar anda TEKNIK AJAIB bagaimana untuk menjana pendapatan sampingan sehingga 5 angka dengan mudah hanya dari dapur rumah anda. Tak perlu buka kedai pun. hehe!

Untuk Januari 2013 kelas akan diadakan pada tarikh berikut :

1. 20 Januari 2013 (Kelas Beginner : 9.30am - 1.30pm)
2. 24 Januari 2013 (Kelas Beginner : 9.30am - 1.30pm)
3. 27 Januari 2013 (Kelas Beginner : 9.30am - 1.30pm)
4. 27 Januari 2013 (Kelas Intermediate : 2.30pm - 6.30pm)

Harga Promosi Januari 2013 ialah RM100 seorang. Boleh pilih mana-mana sesi dalam senarai di atas. Tapi kalau ada tarikh cadangan yang lain, boleh PM kami untuk perbincangan lanjut. Kami juga boleh ke tempat anda untuk mengadakan kelas. PM je kami. TQ =)

Friday, January 4, 2013

Kelas menghias kek

Anda ingin menjadi seorang penghias kek yang pro hanya dalam 3 langkah? Kalau anda kata YA, kami boleh membantu anda. Sertai kelas asas dekorasi kek bersama passionbite. Sama ada anda langsung tiada pengalaman, masih mencuba atau ingin belajar sesuatu yang baru, kami akan kongsikan segala pengalaman, rahsia, tips dan teknik dekorasi kek kepada anda. Harga pengenalan terhad sepanjang Januari 2013 sahaja: RM100 untuk setiap sesi. Anda boleh datang ke passionbite atau jika anda dalam kumpulan minimum 5 orang, kami akan ke tempat anda.

hubungi 019.220.2405 (syukri)/ 019.234.2405 (saiful) untuk maklumat lanjut.
https://www.facebook.com/passionbite



Saturday, October 20, 2012

Resepi kek tiramisu paling ringkas

RESEPI KEK TIRAMISU 

salam semua,
dah lama rasanya tak share resepi. hari ni kami nak share resepi tiramisu yg ringkas dan mudah nak disediakan. sediakan pen dgn kertas ye tuan2 dan puan2 semua hehe!

Bahan-bahan kek

1 biji sponge kek atau apa2 kek
250ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko utk hiasan




Cara-cara

1.Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2.Satukan gula, cheese dan cream
3.Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4.Potong kek pada 2 bahagian
5.Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
6.Sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
7.Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
8.Kemudian simpan dalam fridge sebentar
9.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya



p/s:boleh la try utk buat minum petang bersama keluarga terchenta ye. =)

Monday, July 30, 2012

resepi kuih raya: biskut dahlia

RESEPI KUIH RAYA:

salam semua! Alhamdulillah kita dah berjaya mengharungi 10 hari pertama Ramadan dgn jayanya (ada yg dah kantoi ke hehe!) hari ni kami nak share resepi biskut yang cantik molek iaitu biskut dahlia. mmg berseri letak atas meja.

BAHAN-BAHAN:
250g tepung gandum
90g tepung kastard
45g tepung ubi
185g gula halus
210g mentega
1 biji telur
1 sudu teh vanilla esen
ceri hitam/merah/hijau ikut kaler favourite

CARA-CARA:
1. pukul gula dgn mentega sampai kembang
2. masukkan telur sikit-sikit. lepas tu masukkan esen vanilla dan pukul lagi sekejap
3. ayakkan semua jenis tepung tadi dalam bekas asing. masukkan dalam adunan yang dah dipukul tu sikit-sikit
4. terap guna acuan yang sesuai.
5. hiaskan denagn ceri idaman :)

TIPS:
+ kalau adunan tu lembik, tambahkan tepung gandum sikit
+ kalau nak jimat kos, boleh tukar mentega dgn marjerin.
+ untuk lebih keberkatan, buat lebih utk bagi kat org sebelah.



 gambau biskut dahlia credit to mat gebu tiffinbiru :)


https://www.facebook.com/passionbite

Friday, July 27, 2012

Resepi kek Red Velvet

RESEPI KEK RED VELVET

apa kata menjelang raya tak lama lagi ni, ramai-ramai test power buat kek red velvet pulak. boleh suprisekan yang tersayang ke, mak mentua ke, ipar duai ke dengan kek red velvet yang bertekstur lembut dan bersalut dengan topping krim keju. hmmm sendiri tulis sendiri terliur pulak hehe!

Bahan-bahan kek
115g butter
150g gula kastor
2 biji telur
250g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko
240 ml buttermilk 
2 sudu besar pewarna merah 
1 sudu kecil cuka putih (distilled vinegar)
sedikit esen vanilla 

Bahan-bahan topping
500g cream cheese
150g gula aising

Cara-cara
1. tak payah pening-pening kepala, campurkan je semua bahan dalam mixer dan pukul sampai sebati. guna kelajuan sederhana dah ok.
2. masukkan dalam loyang kalau nak buat kek. kalau nak buat cupcake masukkan dalam paper cup la ye.
3. bakar pada suhu 170 darjah celcius selama lebih kurang sejam untuk kek dan 1/2 jam untuk cupcake. 
4. sambil bakar tu boleh prepare topping. campurkan je cream cheese tu dgn gula aising dan pukul sampai sebati. 
5. dah habis bakar, tunggu sampai kek/cupcake sejuk sebelum hias dgn topping cheese tu. ikut kreativiti la ye nak hias mcm mana.

tips
+ kalau tak nak guna buttermilk boleh ganti dgn susu UHT je
+jgn lupa sapu shortening kat loyang, takut dah masak nnt melekat plak kat loyang.
+ kalau kek terasa pahit, ni disebabkan pewarna merah yang digunakan tu. kena explore cari yang warnanya cantik tapi tak effect rasa. kami boleh bagi suggestion mana yang ok mana yang tak ok tp tak boleh bgtau open kat sini, nnt kena saman plak hehe! kalau nak tau emel kami di passionbite3@gmail.com ye. 
+ kalau nak organic sikit boleh ganti pewarna merah tu dgn rhubarb syrup tapi kena google resepi kat internet la ye.
+kalau mengidam nak makan kek red velvet tp takut tak sempat buat, boleh order dgn kami. ada harga spesel utk raya edition hehe!



nak belajar deko kek? klik sini sekarang.

jangan lupa like kami di fb: https://www.facebook.com/passionbite
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts